Friday, December 31, 2010

Bengkel Strategik dan Seminar Pasti Negeri Perlis



Alhamdulillah,setinggi syukur pada Allah SWT diatas segala nikmat dan barakah yang di limpahkan kepada kita semua dalam meneruskan agenda perjuangan Islam ini.Insya Allah semoga dengan perancangan dan usaha yang berterusan tanpa jemu akan membuahkan kejayaan kelak.
Pasti Negeri Perlis telah menggarap satu dimensi yang baru bagi merealisasikan agenda pendidikan sesuai dengan suasana bagi memenuhi tuntutan semasa.Pada 11 hingga 12 Disember 2010 Pasti Negeri Perlis berjaya melaksanakan bengkel strategik bagi memperkasakan Pasti dengan menyusun strategi dan perancangan selama 5 tahun kehadapan bermula 2011 hingga 2015.Bengkel dan seminar yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendokumentasikan Rancangan Pasti Negeri Perlis (RPnP) selama 5 tahun dalam menggerakkan seluruh unit-unit yang ada supaya lebih fokus dalam gerak kerja dan mampu merealisasikan hasrat Pasti Malaysia untuk menjadikan Pasti sebagai pilihan utama bagi ibu bapa.

 Panel luar yang dijemput di dalam sesi pembentangan sektor
Insya Allah dengan adanya perancangan tersusun ini Pasti Negeri Perlis akan terus mengorak langkah cemerlang dalam mendepani era globalisasi sesuai dengan kata-kata yang pernah di ungkapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab “didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya bukan seperti zaman kamu dahulu’’.Justeru itu,Pasti Negeri Perlis juga akan meningkatkan keupayaan media baru dalam memberi maklumat dan penerangan secara terus melalui blog dan facebook kerana laman ini sudah mejadi keperluan kepada masyarakat di negara kita mahupun dunia secara amnya.
Sekian Terima Kasih.

Pengarah Pasti Negeri Perlis
Mohd Sahir Ab Raman

Monday, December 20, 2010

KAPP Siri 3 & Teambuilding

Seramai 28 orang guru PASTI telah mengikuti Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 3  pada hari pertama dan pada hari ke-2, semua guru PASTI mengikuti Teambuilding II.Hari terakhir guru-guru berpeluang untuk ber'shopping' di Pulau Lagenda ini. :)

Jeti Kuala Perlis sebelum bertolak

Timbalan Pengarah PASTI,Cikgu Azman membentang "Kaedah Penulisan Rekod Mengajar"

Kuliah Magrib bersama Ustaz Saiful, Timbalan Pengarah PASTI Kedah

Bersama Pengerusi PASTI Kawasan Langkawi, Ust Zulkifli
Beliau menceritakan sejarah PASTI Langkawi dan keadaan semasa PASTI Langkawi

Guru-guru menyanyikan lagu-lagu untuk 2 minggu pertama Transisi PASTI yang dikelolakan oleh 
Cikgu Norhayati Abdul Razak

Bersama Timbalan Pengarah PASTI, Saudara Mior Hassan Sazali

 Komen Peserta Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP)


Ucapan Pengarah PASTI Perlis

Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Pemuda Kedah, Ustaz Mohamad Ismail


Majlis Penyerahan Sijil Tamat Kursus Perguruan PASTI (KAPP)

Thursday, December 16, 2010

KAPP Siri 3

Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 3 adalah kursus terakhir bagi KAPP sebelum guru-guru meneruskan Kursus selanjutnya iaitu Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP).Selain diadakan KAPP, PASTI Perlis turut mengadakan Teambuilding II.

Kedua-dua program ini akan diadakan diluar dari Negeri Perlis iaitu di Sek Men Agama AlBaqiyyatussolihat, Kg Ranggut, Pulau Langkawi Kedah.

Program tersebut bermula pada 20 sehingga 22 Disember 2010.

Semoga berakhirnya Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) ini maka guru-guru PASTI akan mengorak langkah dengan yakin dalam meneruskan agenda Pendidikan selari dengan Islam di sesi 2011 akan datang bersempena Hijraturrasul SAW.

Wednesday, December 1, 2010

PENDAFTARAN TAHUN 2011

PENDAFTARAN PELAJAR PADA TAHUN 2011 bermula 
27 Disember 2010 (Isnin)

Daftar segera di PASTI berdekatan bagi mengelakkan kesesakan

ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PERLIS

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat peranan yang dimaninkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah penting dalam sistem pendidikan negara.

Justeru beliau menyeru agar usaha terus digiatkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti Pasti di samping menambahkan lagi bilangan Pasti yang ada khususnys di seluruh negeri Perlis.

"Ibarat kita bertani, benihnya sudah disediakan iaitu anak-naka Pasti, maka peranan guru-guru Pasti adalah untuk menyemai dan memelihara benih ini untuk mendapat hasil yang baik.

"Tugas guru Pasti kadang-kadang kita lihat tidak setimpal dengan apa yang mereka perolehi, tapi bukan itu matlamatnya. Kita kena ambil iktibar dari sepotong hadis yang menyebut barangsiapa yang menganjurkan satu jalan kebajikan, maka dia kan memperolehi pahala orang yang melakukan kabajikan itu," katanya.

Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini





Dalam majlis tersebut, para pelajar terbaik kategori lima dan enam tahun dari setiap Pasti di seluruh Perlis menerima anugerah masing-masing.

Adik Balqis Yamin dari Pasti Darul Hikmah dan Siti Balqis Mohd Narudin dari Pasti Al-Islah masing-masing menerima anugrah pelajar terbaik seluruh Perlis bagi kategori lima dan enam tahin.

Manakala Anugerah Guru Cemerlang pula diraih oleh Siti Hajar Zakaria dar Pasti Tarbiyatul Atfal. Kategori ini dipilih berdasarkan guru yang memberikan komitmen yang terbaik kepada Pasti dan parti.

Sementara itu, anugerah kecemerlangan sukan juga turut diberikan kepada para pelajar yang mewakili Pasti Perlis ke SUkan Pasti Malaysia selain Anugerah Kecemerlangan Ihtifal Pasti Perlis yang diadakan baru-baru ini.

sumber : peghelihla
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...