Wednesday, March 9, 2011

Lensa >> PASTI AL-AMALI

Lensa kali ini menjejaki PASTI Al-Amali yang berada di Kampung Gial,Arau,Perlis yang berdekatan dengan Universiti Teknologi MARA.PASTI ini memiliki murid seramai 17 orang dan 2 orang guru,PASTI ini juga berhampiran dengan PASTI Al-Fajar kira-kira 2 kilometer sahaja.Kawasan ini merupakan pusat pembudayaan ilmu selain UiTM yang paling hampir dengan PASTI ini ia juga dikelilingi oleh matrikulasi dan sekolah vokasional serta Unimap cawangan Kubang Gajah.Sememangnya anak-anak PASTI ini terdiri dari kalangan pensyarah dan staf-staf pusat pengajian tinggi yang berkeyakinan penuh kepada institusi PASTI ini dapat membentuk anak-anak mereka kepada akhlak al-quran dan tasawwur islam yang jelas bagi menghadapi zaman yang cukup mencabar kini.










Selipar di susun kemas

Saturday, March 5, 2011

TAMRIN RABBANI


Tamrin Rabbani anjuran Majlis Guru PASTI Malaysia (MGPM) akan di adakan di Perlis.PASTI Perlis akan menjadi tuan rumah kepada Tamrin tersebut.

Tamrin tersebut akan diadakan pada 11 hingga 13 Mac 2011 bertempat di Eagle Park Resort, Sg Batu Pahat, Perlis.

Perasmian penutup akan disempurnakan sendiri oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin bin Majid.

SELAMAT DATANG KE NEGERI PERLIS.
PERMAI LAGI MEMPESONA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...