Monday, November 16, 2009

Koleksi Gambar KONVOKESYEN PASTI 2009





























































































MAJLIS KONVOKESYEN KAWASAN

Majlis Konvokesyen Kawasan Kangar & Padang Besar telah diadakan pada 14 Nov 2009 lepas di Madrasah Ad Dinniah Islamiah (MADI) .Majlis berlangsung dengan meriahnya.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Saudara Mohd Sahir bin Ab RamanSatu kelainan di dalam Majlis Konvokesyen kali ini adalah pesembahan Nasyid dari Alumni PASTI.Kumpulan tersebut turut menjadi muzik latar sepanjang Majlis Penyerahan Skrol berlangsung.

Majlis Konvokesyen Kawasan Arau pula berlangsung sehari selepas Konvokesyen Kawasan Padang Besar & Kangar.Majlis tersebut diadakan di Dewan Sivik, Arau. Dewan tersebut segenap penjuru dipenuhi dengan tetamu yang terdiri daripada ibubapa pelajar dan tetamu jemputan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Ustaz Hashim bin Jasin ADUN Sanglang.YB Rus'sele Eizan ADUN Simpang Empat turut bersama di dalam Majlis Konvokesyen.

Antara ucapan Perasmi,Ust Hashim memetik kata-kata hukamak.Mendidik dan mengajar kanak-kanak umpama memahat pada batu.Yang membawa maksud kanak-kanak mudah diajar dan difahami serta akan terus kekal diingatan mereka.

Timbalan Pengarah menyampaikan cenderahati kepada YB Ust Hashim Jasin

Pengarah Jabatan PASTI Negeri Perlis sedang menyampaikan skrol kepada salah seorang pelajar PASTI Kawasan Arau

Thursday, November 12, 2009

Pemilihan Pelajar Cemerlang peringkat Negeri


11 November 2009, Kangar : Pihak PASTI negeri Perlis telah mengadakan peperiksaan khas bagi memilih pelajar terbaik peringkat negeri yang terdiri daripada pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Setiap PASTI telah menghantar wakil pelajar 5 dan 6 tahun yang terbaik dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Peperiksaan tersebut diadakan pada pukul 3 petang tadi di SRI Al-Furqan, Jejawi. "Maattaufiq wannajah" diucapkan kepada wakil-wakil yg telah terpilih.

Sejarah Penubuhan PASTI di Negeri Perlis.

Monday, November 2, 2009

Montaj Sambutan Jubli Perak PASTI

PASTI Tarik Pelajar Tahun 1 kembali ke Kelas PASTI

KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.


"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.


Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.


Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.


"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.


"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.


Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.


Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.


Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.


"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.


"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.


Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.


Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.


Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.


Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.


Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.

Gambar Sepanjang Sambutan Jubli Perak PASTI

Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim

Beroleh tempat ke-2 di dalam Gubahan Tembikai.Tahniah

PASTI Negeri Perlis menjadi Finalis 5 Pertandingan 3K (Keceriaan,Kebersihan & Keselamatan).

SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI

30 Oktober 2009, Kota Bharu:

Seramai 18 perwakilan dari Negeri Perlis telah dihantar ke Sambutan 25 Tahun PASTI di Kota Bharu Kelantan. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.


perasmian



Sambutan diadakan selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu) dan pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Pertandingan membaca bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Jawi yang diwakili oleh pelajar PASTI setiap negeri.


wakili pertandingan membaca Bahasa Melayu
wakili pertandingan membaca Jawi


Pertandingan gubahan juga dipertandingkan untuk guru-guru PASTI iaitu gubahan tembikai, gubahan tuala dan gubahan telekung.

wakili pertandingan Gubahan Telekung
wakili pertandingan Gubahan Tuala


Wakil Perlis telah berjaya memenangi tempat kedua dalam kategori gubahan tembikai yang diwakili oleh cikgu Noorizan dan cikgu Noorishah.

wakili pertandingan Gubahan Tembikai


Tahniah diucapkan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...