Friday, December 31, 2010

Bengkel Strategik dan Seminar Pasti Negeri Perlis



Alhamdulillah,setinggi syukur pada Allah SWT diatas segala nikmat dan barakah yang di limpahkan kepada kita semua dalam meneruskan agenda perjuangan Islam ini.Insya Allah semoga dengan perancangan dan usaha yang berterusan tanpa jemu akan membuahkan kejayaan kelak.
Pasti Negeri Perlis telah menggarap satu dimensi yang baru bagi merealisasikan agenda pendidikan sesuai dengan suasana bagi memenuhi tuntutan semasa.Pada 11 hingga 12 Disember 2010 Pasti Negeri Perlis berjaya melaksanakan bengkel strategik bagi memperkasakan Pasti dengan menyusun strategi dan perancangan selama 5 tahun kehadapan bermula 2011 hingga 2015.Bengkel dan seminar yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendokumentasikan Rancangan Pasti Negeri Perlis (RPnP) selama 5 tahun dalam menggerakkan seluruh unit-unit yang ada supaya lebih fokus dalam gerak kerja dan mampu merealisasikan hasrat Pasti Malaysia untuk menjadikan Pasti sebagai pilihan utama bagi ibu bapa.

 Panel luar yang dijemput di dalam sesi pembentangan sektor
Insya Allah dengan adanya perancangan tersusun ini Pasti Negeri Perlis akan terus mengorak langkah cemerlang dalam mendepani era globalisasi sesuai dengan kata-kata yang pernah di ungkapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab “didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya bukan seperti zaman kamu dahulu’’.Justeru itu,Pasti Negeri Perlis juga akan meningkatkan keupayaan media baru dalam memberi maklumat dan penerangan secara terus melalui blog dan facebook kerana laman ini sudah mejadi keperluan kepada masyarakat di negara kita mahupun dunia secara amnya.
Sekian Terima Kasih.

Pengarah Pasti Negeri Perlis
Mohd Sahir Ab Raman

Monday, December 20, 2010

KAPP Siri 3 & Teambuilding

Seramai 28 orang guru PASTI telah mengikuti Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 3  pada hari pertama dan pada hari ke-2, semua guru PASTI mengikuti Teambuilding II.Hari terakhir guru-guru berpeluang untuk ber'shopping' di Pulau Lagenda ini. :)

Jeti Kuala Perlis sebelum bertolak

Timbalan Pengarah PASTI,Cikgu Azman membentang "Kaedah Penulisan Rekod Mengajar"

Kuliah Magrib bersama Ustaz Saiful, Timbalan Pengarah PASTI Kedah

Bersama Pengerusi PASTI Kawasan Langkawi, Ust Zulkifli
Beliau menceritakan sejarah PASTI Langkawi dan keadaan semasa PASTI Langkawi

Guru-guru menyanyikan lagu-lagu untuk 2 minggu pertama Transisi PASTI yang dikelolakan oleh 
Cikgu Norhayati Abdul Razak

Bersama Timbalan Pengarah PASTI, Saudara Mior Hassan Sazali

 Komen Peserta Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP)


Ucapan Pengarah PASTI Perlis

Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Pemuda Kedah, Ustaz Mohamad Ismail


Majlis Penyerahan Sijil Tamat Kursus Perguruan PASTI (KAPP)

Thursday, December 16, 2010

KAPP Siri 3

Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 3 adalah kursus terakhir bagi KAPP sebelum guru-guru meneruskan Kursus selanjutnya iaitu Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP).Selain diadakan KAPP, PASTI Perlis turut mengadakan Teambuilding II.

Kedua-dua program ini akan diadakan diluar dari Negeri Perlis iaitu di Sek Men Agama AlBaqiyyatussolihat, Kg Ranggut, Pulau Langkawi Kedah.

Program tersebut bermula pada 20 sehingga 22 Disember 2010.

Semoga berakhirnya Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) ini maka guru-guru PASTI akan mengorak langkah dengan yakin dalam meneruskan agenda Pendidikan selari dengan Islam di sesi 2011 akan datang bersempena Hijraturrasul SAW.

Wednesday, December 1, 2010

PENDAFTARAN TAHUN 2011

PENDAFTARAN PELAJAR PADA TAHUN 2011 bermula 
27 Disember 2010 (Isnin)

Daftar segera di PASTI berdekatan bagi mengelakkan kesesakan

ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PERLIS

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat peranan yang dimaninkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah penting dalam sistem pendidikan negara.

Justeru beliau menyeru agar usaha terus digiatkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti Pasti di samping menambahkan lagi bilangan Pasti yang ada khususnys di seluruh negeri Perlis.

"Ibarat kita bertani, benihnya sudah disediakan iaitu anak-naka Pasti, maka peranan guru-guru Pasti adalah untuk menyemai dan memelihara benih ini untuk mendapat hasil yang baik.

"Tugas guru Pasti kadang-kadang kita lihat tidak setimpal dengan apa yang mereka perolehi, tapi bukan itu matlamatnya. Kita kena ambil iktibar dari sepotong hadis yang menyebut barangsiapa yang menganjurkan satu jalan kebajikan, maka dia kan memperolehi pahala orang yang melakukan kabajikan itu," katanya.

Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini





Dalam majlis tersebut, para pelajar terbaik kategori lima dan enam tahun dari setiap Pasti di seluruh Perlis menerima anugerah masing-masing.

Adik Balqis Yamin dari Pasti Darul Hikmah dan Siti Balqis Mohd Narudin dari Pasti Al-Islah masing-masing menerima anugrah pelajar terbaik seluruh Perlis bagi kategori lima dan enam tahin.

Manakala Anugerah Guru Cemerlang pula diraih oleh Siti Hajar Zakaria dar Pasti Tarbiyatul Atfal. Kategori ini dipilih berdasarkan guru yang memberikan komitmen yang terbaik kepada Pasti dan parti.

Sementara itu, anugerah kecemerlangan sukan juga turut diberikan kepada para pelajar yang mewakili Pasti Perlis ke SUkan Pasti Malaysia selain Anugerah Kecemerlangan Ihtifal Pasti Perlis yang diadakan baru-baru ini.

sumber : peghelihla

Thursday, November 25, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PERLIS

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis julung kalinya akan diadakan pada :
       Tarikh    : 28 November 2010
       Masa     : 8.00 pagi
       Tempat  : Sri Mawarni Inn, Kangar

Majlis tersebut akan meraikan pelajar terbaik 5 & 6 tahun PASTI Cawangan dan PASTI Negeri.Selain itu, majlis tersebut juga meraikan semua pemain di dalam Pesta Sukan PASTI Pusat yang berlangsung di Pulau Pinang lalu.Johan setiap pertandingan yang dianjurkan semasa Ihtifal PASTI Negeri akan dihargai juga.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh YB Ustaz Hashim bin Jasin (Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis)

Sunday, October 24, 2010

Lawatan Penaziran 3K PASTI Malaysia

Hari ini (24.10.10 - Ahad) PASTI Perlis menerima lawatan daripada Penaziran PASTI Malaysia di dalam penaziran finalis 3K Peringkat Kebangsaan.

PASTI yang mewakili Negeri Perlis pada tahun 2010 ini adalah PASTI Taman Utama.



Gambar Kenangan bersama AJK Penaziran PASTI Malaysia

Pemusatan Pemeriksaan Kertas Peperiksaan 2010

Seramai 25 orang termasuk ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Perlis terlibat di dalam Pemusatan Pemeriksaan Kertas Soalan Peperiksaan 2010 .Ia diadakan selama 2hari bermula 23.10.10 hingga 24.10.10 bertempat Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar.

Program ini diadakan bagi menjamin ketelusan di dalam memeriksa kertas jawapan peperiksaan yang baru dijalankan pada 18.10.10 hingga 21.10.10 lepas.










Saturday, October 16, 2010

Rentetan Alam Ria PASTI


Tempat Pertama Nasyid

Tempat Pertama Khutbah


Karnival Alam Ria PASTI

Alam Ria PASTI telah diadakan dengan jayanya.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.

Beliau berasa kagum dengan tahap kemampuan pelajar PASTI kerana mampu membaca, menghafal serta bercerita dengan tenang.Beliau berkeyakinan bahawa PASTI akan terus mendapat tempat di hati masyarakat seterusnya meningkat bilangan pelajar PASTI Perlis


Wednesday, October 13, 2010

Alam Ria PASTI


Alam Ria PASTI Negeri Perlis akan diadakan pada 16.10.10 di Balai Islam MADI.Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Ustaz Hashim bin Jasin.Sebanyak 7 acara dipertandingkan.

Saturday, September 25, 2010

Terpelajar @ Terdidik


Kelakuan kurang ajar kanak-kanak digalakkan lagi dengan kehadiran orang dewasa Sesungguhnya, kanak-kanak sepatutnya diberi didikan yang baik, dan tidak di ajar berkelakuan seperti itu.

Bijaklah memilih Pusat Asuhan yang betul-betul mendidik bukan sekadar memberi pelajaran.

Thursday, June 17, 2010

KAPP Siri 2/2010

Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 2 telah diadakan pada 15 - 17 Jun 2010 bertempat Pusat Konvesyen Semarak Resort, Batu Pahat, Perlis.Seramai 40 peserta dan 10 urusetia di kalangan guru PASTI.
Ia adalah kesinambungan Kursus Asas Perguruan siri yang pertama bagi melengkapkan guru-guru PASTI dengan pelbagai ilmu pengurusan dan haraki.

Ketua Majlis Guru PASTI Pusat, Cikgu Saadiah membentang kertas kerja bertajuk : 
Pengurusan Alatan Mainan & Pengurusan Bilik Darjah
 
 Penceramah merangkap Bendahari MGP Pusat, Cikgu Abadah sedang memberi ceramah bertajuk 
Kaedah Berkesan Membaca & Menulis Tulisan Jawi

 Cikgu Manaf dari Perak memberi kursus berkaitan : 
  Perincian Kurikulum PASTI dan Pengajaran (Micro Teaching) 
 Cikgu Azman dari PASTI Kawasan Kangar turut mengisi slot kursus kali ini

 Mantan Pengarah PASTI, Cikgu Zairi masih lagi bersama dengan PASTI sedang mengisi slot bertajuk :
Pengurusan Aktiviti  

 Urusetia bergambar kenangan bersama SU PASTI Pusat



Majlis Penutup & Penyerahan Sijil telah disempurnakan oleh Setiausahan Dewan Pemuda Negeri Perlis, Al Fadhil Ustaz Azmir bin Azizan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...