Petang ini berlangsung Majlis Anugerah 3 K, Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia. Majlis tahunan ini disempurnakan di Bilik Seminar PASTI Malaysia. Majlis bermula jam 3.20 petang menumpang acara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KoPASTI Malaysia Berhad.
Tahun 2011 merupakan tahun revolusi bagi PASTI Negeri Perlis dengan pedagogi yang telah di rancang malah pelaksanaan telah berjalan seperti yang termaktub di dalam Rancangan PASTI Negeri Perlis (RPnP) yang telah di bengkelkan pada bulan Disember 2010 yang lalu,semoga segala perancangan ini akan berjalan selari dengan perkembangan dan pemintaan semasa.
Berikut adalah senarai PASTI seluruh Negeri Perlis:
Lensa kali ini menjejaki PASTI Wardatul Jannah yang berada di dalam kawasan Arau.PASTI ini berjaya melahirkan penyajak dan pemidato hebat seperti Adik Aini yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam ihtifal Negeri pada tahun 2010.
Suasana yang cukup tenang dan damai serta halaman yang luas menjadikan PASTI ini pilihan utama ibu bapa.PASTI ini juga di kenali sebagai PASTI Sentua di kalangan penduduk berdekatan kerana sinonim dengan nama Kampung Sentua,tambahan pula PASTI Wardatul Jannah baru-baru ini di lawati oleh pelajar dari Universiti Selangor (UNISEL) mereka merupakan alumni PASTI Negeri Perlis,ini lah contoh terbaik yang mampu di berikan untuk adik-adik di atas jasa-jasa guru-guru PASTI terdahulu yang mendidik mereka sehingga berjaya ke menara gading.
Halaman yang luas dan pemandangan yang menarik menjadikan Pasti Nurul Hayah sebagai pilihan ibu bapa.Pasti Nurul Hayah juga terletak di kawasan Padang Besar.
Ruang di dalam kelas yang kondusif dan luas memberi keselesaan kepada anak-anak pasti ini
Anak-anak PASTI yang sentiasa ceria dan bersemangat,terdapat seramai 16 pelajar yang berumur 6 tahun,21 pelajar berumur 5 tahun dan 4 pelajar yang berumur 4 tahun.
Cikgu Norhayati bersama seorang pembantu sedang memantau setiap aktiviti pembelajaran anak-anak pasti ini
Ruang belakang yang luas memudahkan untuk aktiviti fizikal dan modul-modul yang telah di jadualkan untuk semua PASTI di Negeri Perlis
Tapak permainan yang di sediakan di luar pasti membolehkan anak-anak pasti melakukan aktiviti cerdas jasmani
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w.,para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Di Malaysia, perkembangan institusi pendidikan prasekolah memperlihatkan kepesatan dengan tertubuhnya pelbagai prasekolah dengan visi, misi serta pendekatan yang tersendiri. Kepelbagaian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian dan sambutan daripada ibu bapa lantaran keperluannya dalam membangunkan modal insan sejak dari awal lagi. Kewujudan PASTI membangunkan pendidikan di peringkat prasekolah dan Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah (FAFFAH) adalah bertujuan mengembalikan kefahaman dan keyakinan ibu bapa bahawa anak-anak wajib diberi pendidikan awal Islam sebab kita berpegang kepada pesanan Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci lagi bersih manakala pendidikan yang kita berikan akan mencorakkan diri dan kehidupan mereka.
Saya mengambil kesempatan pada ruang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada semua murid yang mendaftar ke semua cawangan PASTI di seluruh negara. Saya yakin dan percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan membuat keputusan untuk menghantar anak-anak belajar di PASTI kerana memahami bahawa pendidikan awal Islam merupakan satu ruang yang amat berkesan untuk membangunkan rohani, fizikal, intelek, emosi dan sosial anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga merupakan manifestasi keyakinan ibu bapa terhadap kemampuan pihak pengurusan dan guru melaksanakan amanah yang diberikan oleh mereka.
Oleh itu, saya mengharapkan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam organisasi dan sistem pendidikan ini agar terus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan baik, istiqamah dan berkesan. Terima kasih atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan.Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan dan guru-guru PASTI cawangan di seluruh negara yang bekerja keras membuat persiapan bagi sesi persekolahan 2011 ini. Semoga kita dapat menguruskan PASTI kita dengan penuh rasa tanggungjawab, memberi pendidikan yang terbaik kepada murid-murid kita dan menjayakan program-program yang telah dirancang di semua peringkat seperti Sambutan Hari Guru, Sukan PASTI, Ihtifal dan lain-lain lagi. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat amat kami alu-alukan bagi menjadikan sistem pendidikan PASTI sebagai sistem pendidikan umat yang terbaik.
Sekian, terima kasih.
Yang melaksanakan amanah,
AZRIN BIN AB. MAJID Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
Acara ini memerlukan daya kepantasan dan teknik melihat yang mana harus di dahulukan
Anak-anak Pasti yang ceria...
Memerlukan semangat kerjasama dan yang paling penting adalah mengikut arahan ketua
Cabaran yang paling sukar untuk meneka dengan mata diikat dan belon terselit di celah-celah dedaun,harus teliti dan peka pada sentuhan.
Acara ini mencari guru-guru yang paling sensitif pendengarannya di samping guru-guru di susun mengikut tahap kelantangan suara,teknik ini membina guru-guru kearah latihan mengajar semasa di dalam kelas
Ulasan dan kesimpulan dari Sdr Mior Hassan selaku Ketua Unit Latihan dan Kepimpinan Pasti Negeri Perlis kepada guru-guru Pasti
Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor 2016
-
*Banting, 15Mei: *"Guru Istiqamah Menuju Kemenangan" merupakan Tema
sambutan hari guru bagi semua mualimah-mualimah PASTI. Majlis sambutan Hari
Guru PAST...
PRK Chempaka 22 Mac 2015
-
Syukur kepada ALLah, Tahniah kpd Us Fathan ! Kemenangan ini memberikan
semangat kepada kami semua untuk melipatgandakan usaha menyebarkan Islam …….
Ziarah ke PASTI Kawasan Larut
-
Tahniah kepada semua penggerak PASTI di kawasan Larut khususnya guru-guru
yang sangat berdedikasi. Doa kami agar PASTI Kawasan Larit terus maju.
IKLAN JAWATAN KOSONG
-
(R)Hakcipta terpelihara. Semua artikel yang disiar dalam blog ini merupakan
idea dan pemikiran peribadi blogmaster Semuanya tidak mencerminkan dasar &
pe...
SELAMAT HARI GURU
-
PASTI Kawasan Kangar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga
pendidik samada di Perlis mahupun seluruh Malaysia.
"Selamat Menyambut Hari Guru" k...
Ana
-
Rujukan daripada khazanah , As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang
tersirat." Harap ilmu ini dapat mendatangkan kebaikkan bagi semua, yang
baik itu dari ...
BERITA TERKINI PASTI MALAYSIA
-
Berita-berita terkini PASTI Pusat kini banyak tertumpu di blog
http://pastipusat.wordpress.com . Semoga pengunjung akan berpuashati..
Salam Maal Hijrah 143...