Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, March 19, 2010

KURSUS ASAS PERGURUAN PASTI

Kursus Asas Perguruan PASTI (KAPP) Siri 1 telah diadakan di Pusat Konvesyen Semarak Resort, Batu Pahat pada 16 - 18 Mac 2010.Seramai 28 orang peserta yang terlibat.

Cikgu Rosli, SU PASTI Pusat

Cikgu Jaafar, Unit Latihan PASTI Perak

 Latihan Micro Teaching

Rehat-rehat minda

Pengarah PASTI, Saudara Sahir bersama Perasmi Penutup, Ust Azmir Azizan, SU DPP Negeri Perlis

Penyerahan Sijil Kursus kepada peserta

Peserta bersama Urusetia KAPP Siri 1

Saturday, January 2, 2010

UJIAN PTK

Seramai 43 orang guru PASTI telah menduduki Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada 01.01.2010 bertempat di Madrasah Ad Diniah Islamiyah (MADI).Ujian selama satu jam tersebut menguji tahap pengetahuan guru-guru berkaitan Organisasi, kemampuan menulis jawi serta kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis.



Guru-guru tekun menjawab soalan-soalan yang diberikan
 
 
Ketua Pemuda, Ustaz Yaakub bin Abu Seman sedang memberi kata-kata motivasi dan peransang kepada semua PASTI agar lebih bertenaga dalam mendidik anak-anak seawal usia ini.

Wednesday, December 30, 2009

Sumbangan Kebajikan Pelajar PASTI



Rombongan PASTI Negeri Perlis terdiri daripada Pengarah,Bendahari,Pengerusi MGP serta Penyelia Kawasan Arau ke rumah Adik Mohd Syamil bin Faisal.Rombongan tersebut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Yaakub bin Abu Seman.


Rombongan tersebut adalah sebahagian kebajikan PASTI Negeri Perlis terhadap Adik Mohd Syamil.Adik Mohd Syamil, lumpuh dari paras pinggang ke bawah sejak beliau dilahirkan.Adik Mohd Syamil dari PASTI Darul Qamar,Pauh Tiga Beradik,Arau.Beliau merupakan pelajar terbaik bagi peringkat PASTI Darul Qamar.Beliau mendapat tempat pertama di dalam peperiksaan PASTI yang lepas.Tahun depan Adik Syamil akan melangkah Tahun Satu di sekolah berhampiran rumh beliau.


Adik Syamil bersama Cikgu Wan Norhashina (Guru) dan Cikgu Marwiyah (Penyelia)






Sumbangan kerusi roda oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman kepada Adik Syamil





Cenderahati kepada En Faisal (Ayah Adik Syamil)



Adik Syamil bersama gurunya Cikgu wan Norhashina





Thursday, November 12, 2009

Pemilihan Pelajar Cemerlang peringkat Negeri


11 November 2009, Kangar : Pihak PASTI negeri Perlis telah mengadakan peperiksaan khas bagi memilih pelajar terbaik peringkat negeri yang terdiri daripada pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Setiap PASTI telah menghantar wakil pelajar 5 dan 6 tahun yang terbaik dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Peperiksaan tersebut diadakan pada pukul 3 petang tadi di SRI Al-Furqan, Jejawi. "Maattaufiq wannajah" diucapkan kepada wakil-wakil yg telah terpilih.

Monday, November 2, 2009

PASTI Tarik Pelajar Tahun 1 kembali ke Kelas PASTI

KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.


"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.


Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.


Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.


"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.


"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.


Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.


Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.


Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.


"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.


"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.


Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.


Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.


Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.


Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.


Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.

Gambar Sepanjang Sambutan Jubli Perak PASTI

Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI oleh YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim

Beroleh tempat ke-2 di dalam Gubahan Tembikai.Tahniah

PASTI Negeri Perlis menjadi Finalis 5 Pertandingan 3K (Keceriaan,Kebersihan & Keselamatan).

SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI

30 Oktober 2009, Kota Bharu:

Seramai 18 perwakilan dari Negeri Perlis telah dihantar ke Sambutan 25 Tahun PASTI di Kota Bharu Kelantan. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Guru Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.


perasmian



Sambutan diadakan selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu) dan pelbagai pertandingan telah diadakan seperti Pertandingan membaca bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Jawi yang diwakili oleh pelajar PASTI setiap negeri.


wakili pertandingan membaca Bahasa Melayu
wakili pertandingan membaca Jawi


Pertandingan gubahan juga dipertandingkan untuk guru-guru PASTI iaitu gubahan tembikai, gubahan tuala dan gubahan telekung.

wakili pertandingan Gubahan Telekung
wakili pertandingan Gubahan Tuala


Wakil Perlis telah berjaya memenangi tempat kedua dalam kategori gubahan tembikai yang diwakili oleh cikgu Noorizan dan cikgu Noorishah.

wakili pertandingan Gubahan Tembikai


Tahniah diucapkan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...