PEKELILING INFLUENZA H1N1 (SELSEMA BABI)Mengikut data terkini, penularan wabak H1 N1 ini telah mengorbankan tujuh nyawa di seluruh negara.Justeru, PASTI di semua peringkat dinasihati mematuhi langkah-langkah berikut :
- Mendapatkan maklumat daripada media massa dan memberikan taklimat tentang bahaya wabak ini kepada semua guru dan murid-murid PASTI.
- Mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan penjagaan kebersihan di semua premis PASTI.
- Menasihati penjaga-penjaga supaya mengambil tindakan segera menghantar anak-anak menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan jika dijangkiti demam.
- Memasukkan slot doa mohon dihindarkan oleh ALLah swt. daripada wabak ini pada setiap perhimpunan pagi .
- Tindakan menutup PASTI selama seminggu boleh diambil oleh pengurusan PASTI di peringkat cawangan jika terdapat murid-murid yang disahkan telah dijangkiti Influenza H1 N1 ( selesema babi ) ini.
Sekian untuk tindakan tuan-puan dan diakhiri dengan ‘ jazakumuLLah khairan kathira “
722 guru Pasti terima sijil pada konvo Pasti Malaysia
-
http://www.harakahdaily.net/
IZWAN ABDUL HALIM | 24 Julai 2016.
*PARIT*: Majlis Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia Kali Ke-9 telah
berlangsung dengan...
8 years ago
No comments:
Post a Comment