Thursday, July 14, 2011

Menjelang Ihtifal PASTI(Hari Bakat) 3 Kawasan.


Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya Intifal PASTI 3 Kawasan yang bakal mencungkil bakat-bakat baru dalam beberapa pertandingan yang telah disediakan untuk 23 buah PASTI di Negeri Perlis ini.

Pelajar-pelajar PASTI akan berentap untuk kawasan masing-masing bagi memilih wakil yang layak ke Ihtifal PASTI Negeri Perlis.Pertandingan yang menjadi tumpuan antaranya pidato,khutbah,bercerita,hafazan dan sajak.Semestinya PASTI yang menjadi tumpuan di dalam Negeri Perlis adalah PASTI Bestari Al-Islah dan PASTI Bestari Taman Utama,namun begitu sejarah yang lepas menunjukkan PASTI Al-Fateh,PASTI AL-Wahida,PASTI An-Nur telah menunjukkan prestasi yang cukup baik setelah mengondol tempat pertama dalam beberapa acara yang dipertandingkan.


Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis iaitu Sdr Mior Hassan Sazali Mior Hajjar tujuan Ihtifal ini diadakan bagi melahirkan pelapis muda dalam memimpin masyarakat suatu hari nanti,disamping itu sejarah telah menunjukkan pelajar-pelajar PASTI yang telah memasuki alam persekolah rendah dan menengah berjaya mengekalkan bakat yang dimiliki sewaktu berada di PASTI suatu ketika dulu dan berjaya menjadi ikon kepada pelajar-pelajar lain disekolah mereka.

Justeru itu,komitmen yang padu dari ibu bapa dan guru-guru telah memberi impak yang cukup jelas kepada institusi PASTI ini untuk terus maju dalam mendepani masa depan yang serba canggih dewasa ini.Oleh yang demikian Ihtifal kali ini bakal melonjakkan bakat-bakat baru yang akan dipilih mewakili negeri ke ihtifal PASTI Pusat di Melaka nanti.


Harapan kepada PASTI Kawasan Arau yang akan mengadakan ihtifal pada 16 Julai ini bersama PASTI Kawasan Padang Besar serta PASTI Kawasan Kangar pada 17 Julai ini teruskan latihan dengan giat agar PASTI anda terpilih ke peringkat seterusnya.Takbir!!!

#Ihtifal juga dikenali sebagai Hari Bakat dan Hari Alam Ria

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...