Monday, July 18, 2011

Tahniah kepada PASTI Kawasan Padang Besar,Arau dan Kangar


Alhamdulillah selesai sudah Hari Alam Ria (ihtifal) ketiga-tiga kawasan iaitu Arau,Padang Besar dan Kangar pada hujung minggu lepas.Sebanyak 23 PASTI di seluruh Negeri Perlis berentap bagi merebut tempat pertama dalam beberapa acara yang dikategorikan gred A iaitu Hafalan hadis,Hafalan Surah,Pidato,Khutbah,bercerita,Nasyid dan Sajak.

Tahniah tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru PASTI yang cekal dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak PASTI sehingga mampu berpidato dengan baik sekali dihadapan ratusan hadirin yang hadir,sehinggakan membuka lembaran baru kepada persepsi ibu bapa yang turut serta pada Hari Alam Ria itu bahawa institusi PASTI yang telah bertapak lebih kurang 20 tahun lepas telah berjaya melahirkan tunas-tunas yang selari dengan acuan Islam.Apa yang pasti,komitmen dan sokongan padu dari ibu bapa melengkapkan peranan PASTI yang bergerak seiring dengan era globalisasi dalam menuju negara maju.

Insya Allah,seluruh saf kepimpinan PASTI Negeri Perlis akan sentiasa bersama guru-guru PASTI dan ibu bapa dalam mengembleng tenaga bagi memastikan generasi yang bakal dilahirkan 20 tahun kedepan adalah generasi emas yang bakal mengangkat tinggi Islam itu di tempat yang sepatutnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...