Sunday, July 31, 2011

Majlis Sumbangan beras dan Jamuan kepada Guru-guru PASTI Negeri Perlis

Kurma dan beras bukan ukuran kepada pergorbanan besar oleh guru-guru bagi mendidik anak-anak PASTI,namun ini sedikit perhargaan dari Pemuda Negeri bagi meringankan bebanan dalam melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Urusetia sedang sibuk menyusun nama-nama guru PASTI sebelum program bermula
Ustaz Yussaine Yahya bersama Pengarah PASTI Negeri Perlis sedang memberi sumbangan beras kepada seluruh guru-guru PASTI.

Ucapan daripada Pengarah PASTI

Suasana ceria bersama anak-anak kecil pada majlis ini

 
Jamuan turut disediakan sempena meraikan guru-guru PASTI sempena menyambut bulan ramadhan.

Thursday, July 28, 2011

Lawatan Pelajar PASTI ke Balai Bomba

 Cikgu Tarmizey sedang mempengerusikan slot kepada pelajar sebelum diberikan kepada pegawai bomba untuk penerangan berkaitan tugas-tugas Bomba dan Penyelamat

Pelajar-pelajar PASTI sedang diterangkan mengenai bahagian kenderaan bomba dan cara-cara menggunakannya ketika kecemasan.


Ilmu tentang Bomba amat berguna kepada pelajar-pelajar PASTI ini sebagai maklumat tambahan dalam sistem pembelajaran institusi PASTI Negeri Perlis.

Tuesday, July 19, 2011

Semoga Adik Muhammad Izzad Haikal cepat sembuh

 Adik Muhammad Izzad Haikal kelihatan masih lagi dalam keadaan lemah selepas diserang penyakit hati bernanah,Adik Muhammd Izzad adalah pelajar dari PASTI Al-Hidayah,Padang Kota,Kangar.Kami doakan adik cepat sembuh dan kembali ke PASTI seperti sediakala :)


Pengarah PASTI Negeri Perlis,Sdr Mior Hassan bersama anggota ALP PASTI Negeri berkunjung ke Hospital Tunku Fauziah untuk menziarahi Adik Muhammad Izzad Haikal Bin Mursydi yang bertemankan bapa serta ibunya.


Monday, July 18, 2011

Tahniah kepada PASTI Kawasan Padang Besar,Arau dan Kangar


Alhamdulillah selesai sudah Hari Alam Ria (ihtifal) ketiga-tiga kawasan iaitu Arau,Padang Besar dan Kangar pada hujung minggu lepas.Sebanyak 23 PASTI di seluruh Negeri Perlis berentap bagi merebut tempat pertama dalam beberapa acara yang dikategorikan gred A iaitu Hafalan hadis,Hafalan Surah,Pidato,Khutbah,bercerita,Nasyid dan Sajak.

Tahniah tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru PASTI yang cekal dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak PASTI sehingga mampu berpidato dengan baik sekali dihadapan ratusan hadirin yang hadir,sehinggakan membuka lembaran baru kepada persepsi ibu bapa yang turut serta pada Hari Alam Ria itu bahawa institusi PASTI yang telah bertapak lebih kurang 20 tahun lepas telah berjaya melahirkan tunas-tunas yang selari dengan acuan Islam.Apa yang pasti,komitmen dan sokongan padu dari ibu bapa melengkapkan peranan PASTI yang bergerak seiring dengan era globalisasi dalam menuju negara maju.

Insya Allah,seluruh saf kepimpinan PASTI Negeri Perlis akan sentiasa bersama guru-guru PASTI dan ibu bapa dalam mengembleng tenaga bagi memastikan generasi yang bakal dilahirkan 20 tahun kedepan adalah generasi emas yang bakal mengangkat tinggi Islam itu di tempat yang sepatutnya.



Thursday, July 14, 2011

Menjelang Ihtifal PASTI(Hari Bakat) 3 Kawasan.


Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya Intifal PASTI 3 Kawasan yang bakal mencungkil bakat-bakat baru dalam beberapa pertandingan yang telah disediakan untuk 23 buah PASTI di Negeri Perlis ini.

Pelajar-pelajar PASTI akan berentap untuk kawasan masing-masing bagi memilih wakil yang layak ke Ihtifal PASTI Negeri Perlis.Pertandingan yang menjadi tumpuan antaranya pidato,khutbah,bercerita,hafazan dan sajak.Semestinya PASTI yang menjadi tumpuan di dalam Negeri Perlis adalah PASTI Bestari Al-Islah dan PASTI Bestari Taman Utama,namun begitu sejarah yang lepas menunjukkan PASTI Al-Fateh,PASTI AL-Wahida,PASTI An-Nur telah menunjukkan prestasi yang cukup baik setelah mengondol tempat pertama dalam beberapa acara yang dipertandingkan.


Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis iaitu Sdr Mior Hassan Sazali Mior Hajjar tujuan Ihtifal ini diadakan bagi melahirkan pelapis muda dalam memimpin masyarakat suatu hari nanti,disamping itu sejarah telah menunjukkan pelajar-pelajar PASTI yang telah memasuki alam persekolah rendah dan menengah berjaya mengekalkan bakat yang dimiliki sewaktu berada di PASTI suatu ketika dulu dan berjaya menjadi ikon kepada pelajar-pelajar lain disekolah mereka.

Justeru itu,komitmen yang padu dari ibu bapa dan guru-guru telah memberi impak yang cukup jelas kepada institusi PASTI ini untuk terus maju dalam mendepani masa depan yang serba canggih dewasa ini.Oleh yang demikian Ihtifal kali ini bakal melonjakkan bakat-bakat baru yang akan dipilih mewakili negeri ke ihtifal PASTI Pusat di Melaka nanti.


Harapan kepada PASTI Kawasan Arau yang akan mengadakan ihtifal pada 16 Julai ini bersama PASTI Kawasan Padang Besar serta PASTI Kawasan Kangar pada 17 Julai ini teruskan latihan dengan giat agar PASTI anda terpilih ke peringkat seterusnya.Takbir!!!

#Ihtifal juga dikenali sebagai Hari Bakat dan Hari Alam Ria

Thursday, July 7, 2011

Lawatan & Riadah di Taman Ular dan Ladang Lebah >> PASTI Bestari Al Islah,Kangar,Perlis

Bergambar kenangan di Taman Ular


Jaga-jaga dik ular sedang nganga tu..

Reptilia berbisa yang diberi nama Ular Tedung Selar antara spesis ular yang paling banyak mendiami Taman ini


Encik Rosdi sedang menunjukkan bagaimana madu diambil dari sarangnya


Adik Mior Huzaifah Bin Mior Hassan Sazali sedang memberi 'peace' terbaik kepada cameraman

Mencari gula-gula dalam tepung acara riadah yang paling disukai 

Adik Amira Balqis bersama sahabat karibnya..


Saudara Amirul dan Saudara Tarmizey menjadi guru pengiring kepada pelajar-pelajar PASTI Bestari Al Islah dalam lawatan kali ini.

Adik ini asyik mendengar penerangan tentang lebah madu

Laungan takbir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...