Wednesday, December 7, 2011

Didik Anak Tahu Soal Hak Milik


Bagi mengelakkan anak-anak mengambil barang orang lain tanpa hak, mereka perlu didedahkan dengan soal kejujuran, amanah, serta pemilikan atau hak.

(1) Sebenarnya sejak dari kecil anak-anak perlu difahamkan dengan konsep hak milik. Setiap kali ibu bapa menghalang anaknya dari barang milik orang lain, mereka perlu menjelaskan bahawa barang itu adalah milik orang lain. Katakan kepadanya seperti:

'Tak boleh ambil ni. Barang ni bukan kita punya. Barang ini Osman yang punya'

(2) Jika anak-anak dibawa ke kedai, jelaskan juga bahawa sesuatu barang hanya boleh diambil selepas dibayar harganya. Bila anak itu sudah makin bijak, bolehlah ibu bapa melatih mereka melakukan jual beli. Latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, bahkan dapat memberikan kefahaman tentang konsep hak milik dan kepunyaan. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui kesalahan mengambil hak orang lain.

(3) Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang dosa mencuri. Berikanlah ancaman balasan api neraka kepada mereka yang mencuri. Tekankan juga tentang betapa seriusnya kesalahan mencuri sehingga Islam menetapkan hukuman potong tangan ke atas mereka yang disabitkan kesalahan mencuri.

(4) Selain itu anak-anak juga perlu didedahkan dengan kisah-kisah teladan berkaitan kejujuran.
Umpamanya kisah seorang anak gadis dan ibunya yang menjual susu. Si ibu ingin mencampurkan susu dengn air untuk mendapat untung yang lebih. Lantas si anak mengingatkan tentang larangan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab agar para penjual tidak mencampurkan air ke dalam susu.

Lantas si ibu memberikan alasan:
'Ah! Kalau kita campur pun, mana Amirul Mukminin boleh tahu'.

Maka si anak memberikan jawapan yang sangat bermakna:
'Jika Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan Amirul Mukminin tetap melihat kita!'

Begitu juga kita Abdullah bin Dinar yang berjalan bersama dengan Umar al-Khattab ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka terserampak dengan seorang penggembala dari atas gunung. Maka Umar cuba mengujunya dengan berkata: 

'Wahai penggembala, juallah kepada ku seekor dari kambing itu. Maka jawab pengembala:'Sesungguhnya aku hanya hamba sahaya'.

Umar berkata lagi:'Katakanlah sahaja kepada tuan mu bahawa kambing itu dimakan oleh serigala.'

Penggembala itu menjawab dengan ringkas tapi padat:
'Kalau begitu, dimanakah Tuhan?'.

Umar menangis mendengar jawapan itu. Lalu beliau mengikutnya pulang menemui tuannya, dan Umar membeli hamba si penggembala itu untuk membebaskannya.

Demikianlah beberapa contoh kejujuran tinggi yang dapat meleburkan sifat tamak haloba dan khianat. Anak-anak yang ditanam rasa kehadiran Allah tentunya akan menjauhi sifat mencuri. Mudah-mudahan anak-anak kita semua dapat dilatih dengan sifat dan akhlak mula sehingga meninggalkan sifat jahat seperti mencuri.


Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Tuesday, November 29, 2011

Kunjungan PASTI Malaysia ke PASTI Negeri Perlis

Ketua Pengarah PASTI Malaysia Cikgu Hassan Ahmad sedang menyampaikan amanat penting kepada guru-guru PASTI.


Pengarah PASTI Negeri Perlis Sdr Mior Hassan Sazali sedang meyampaikan kata-kata aluan.


Sdr Mohd Fallah Azizan mempengerusikan program pada malam ini.


Pengerusi MGP Ustazah Norhayati Bt Abd Razak mengajukan soalan kepada pimpinan PASTI Pusat


Antara pimpinan PASTI Malaysia yang hadir pada malam ini.


Guru PASTI dan pengurus cawangan antara hadirin memenuhi dewan kompleks pada malam ini untuk berdialog bersama pimpinan PASTI Pusat.

hubungi segera tempat terhad

Friday, November 25, 2011

TAZKIRAH - Adab Untuk Kanak-kanak

 


Hubungan silaturahim antara seseorang individu dengan orang lain mengeratkan persaudaraan sesama agama. Syariat menentukan bahawa adab-adab sosial ini perlu ditanam dan disemai di peringkat kanak-kanak lagi.agar kesebatian hubungan silaturahim berakar umbi di hati mereka.

Adab Terhadap Ibu Bapa

Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing, dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas jasa mereka.

Justeru, sebagai menghormati ibu bapa dan orang lain yan ada kaitan dengan mereka seperti datuk, nenek dan saudara mara, maka kita dianjurkan sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Didikan Awal Ibu Bapa Kepada Anak-Anak

  • Anak-anak dianjurkan semenjak dari kecil lagi mencium tangan ibu bapa dan orang tua setiap kali bertemu.
  • Bertutur di hadapan mereka dengan tutur kata yang lemah lembut dan penuh rasa hormat.
  • Sering merujuk dan meminta nasihat ibu bapa dalam menangani masalah kehidupan hari ini.
  • Ajarlah kepada mereka sentiasa menziarahi ibu bapa atau jiran tetangga terutamanya ketika mereka uzur dan sebagainya.

Adab Terhadap Guru

Para ibu bapa juga diingatkan supaya mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menghormati guru dalam menunaikan haknya.

Guru-guru yang menabur jasa memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak muridnya memang sepatutnya dihormati. Lebih-lebih lagi guru agama dan alim ulama yang mengajar dan membimbing dalam soal-soal akidah, hukum hakam agama, ibadah dan yang berkaitan dengan akhrat.

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya;


Pelajarilah ilmu, pelajari ketenangan dan kesopanan dan rendahkan diri mu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya ( guru ).
Adap dengan Rakan, Jiran dan Tetamu

  • Memilih sahabat atau teman yang baik akhlak dan budi pekertinya.
  • Memberi salam dan menjawab salam apabila berjumpa.
  • Memenuhi undangannya jika dijemput.
  • Menziarahinya ketika sakit
  • Memberi bantuan ketika dalam kesusahan.
  • Tidak sesekali menyakitkan hatinya
  • Berilah layanan yang sewajarnya kepada tetamu yang datang ke rumah kita.
Firman Allah SWT, dalam Surah al-Nisa' ayat 36 maksudnya;


Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad.
Melalui kenyataan di atas, dapat kita lihat betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak. Anak-anak yang mendapat didikan ini, akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan berperwatakan yang disukai ramai.

Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berikan kami kebahagian di dunia dan berikan juga kepada kami kebahagiaan di akhirat, jauhkanlah kami daripada azab api neraka Mu.....Amin.

Sunday, November 20, 2011

[AKPP] Bacaan Surah As Shoff dari PASTI Nurul Hayah

Nostalgia AKPP 2011

Ahli Lembaga PASTI Negeri Perlis bergambar kenang-kenangan dengan anak-anak PASTI 


Tn Hj Anuar Tahir bersama perasmi AKPP pagi ini Prof Dr Aziz Bari


Ustaz Azmir menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang


Sdr Mior Hassan Sazali selaku Pengarah PASTI Negeri Perlis menyampikan cenderahati kepada 
Prof Dr Aziz Bari 


Anugerah Guru Cemerlang 2011 dirangkul oleh Cikgu Mashitah Baharom dari PASTI Al Wahida,Arau


Anugerah Tokoh Pelajar PASTI Negeri Perlis 2011 diraih oleh Adik Mohd Faiz Bin Mawardi dari PASTI Bestari Al-Islah,Kangar

Sunday, September 11, 2011

Senarai Pemenang Pertandingan Alam Ria PASTI Negeri Perlis 2011


1)             
1)      Pertandingan Hafazan Surah

LELAKI
Ke-1 = Muhammad Najmi Bin Shahrudin  
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar  (89%)

Ke-2 = Muhd Syaqir Bin Jafri (76%)
PASTI Wardatul Jannah,Sentu,Arau

Ke-3 = Muhd Nur Ilham Bin Ramli
PASTI Darul Qamar,Arau  (66%)

PEREMPUAN
Ke-1 = Nurul Jannah Bt Saiful
PASTI Darul Hikmah,Arau (84%)

Ke-2 = Nur Hidayah Bt Mohd Zaki
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar (79%)

Ke-3 = Nur Aisyah Amani  Bt Zakri
PASTI Tarbiyatul Atfal,Jejawi,Kangar (77%)

2)    Pertandingan Azan
Ke-1 = Abdul Muhaimin Bin Abd Nizam
PASTI Bestari Tman Utama,Kangar

Ke-2 = Muhammd Akasyah Bin Mohamd Nasir
PASTI Bestari Al-Islah,Kangar

Ke-3 = Muhd Muhaimin Bin Ahmad Fuad
PASTI Nurul Hayah,Santan,Pdang Besar

3)    Pertandingan Menghafal Hadis
Ke-1 = Muhd Arief Irwan Bin Mizunzuana
PASTI Raudzatul Hasannh,Panggas,Padang Besar  (99%)

Ke-2 = Nur Shahirah Bt Abd Malik
PASTI Raudzatul Hasanah,Panggas,Padang Besar (97.5%)

Ke-3 = Alifah Ilyana Bt Roslan
PASTI Al-Hidayah,Padang Kota,Kangar (94%)

4)  Pertandingan Membaca Teks Bahasa Melayu
Ke-1 = Nor Hidayah Bt Mohd Zaki
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar (98%)

Ke-2 = Alifah Ilyana Bt Roslan
PASTI Al-Hidayah,Padang Kota,Kangar (92%)

Ke-3 = Balqis Bt Yasmi
PASTI Darul Hikmah,Arau (81%)

5)   Pertandingan Membaca Teks Bahasa Inggeris
Ke-1 = Mohammd Aqil Bin Mohd Zuril
PASTI Bestari Taman Utama,Kangar (85%)

Ke-2 = Nor  Shahirah Bt Abd Malik
PASTI Raudzatul Hasanah,Panggas,Padang Besar  (74%)

Ke-3 = Nor Hidayah Bt Mohd Zaki
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar (70%)

6)   Pertandingan Khutbah
Ke-1 = Ahmd Faiz Bin Mawardi
PASTI Bestari Al-Islah,Kangar (92.5%)

Ke-2 = Mohmmd Najmi Bin Shahrudin
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar (82%)

Ke-3 = Mohammad Nasrullah Bin Abd Rahim
PASTI Al-Amali,Gial,Padang Besar (64%)

7)   Pertandingan Sajak
Ke-1 = Nurul Aimi Bt Kamal
PASTI Wardatul Jannah,Sentua,Arau (83%)

Ke-2 = Alia Athirah Bt Zubir
PASTI Tarbiyatul Atfal,Jejawi,Kangar (77%)

Ke-3 = Adlyn Bazilah Bt Azmi
PASTI Ad-Deen,Guar Syed Alwi,Kangar (75%)

8)   Pertandingan Bercerita
Ke-1 = Nurul Husna Bt Muhd Ruslan
PASTI Al-Furqan,Jejawi,Arau  (96.5%)

Ke-2 = Nur Hidayah Bt Mohd Zaki
PASTI Nurul Hayah,Santan,Padang Besar (88%)

Ke-3 = Nur Najihah Bt Md Nizar
PASTI Wardatul Jannah,Sentua,Arau (79%)

9)   Pertandingan Pidato
Ke-1 = Balqis Bt Yasmi
PASTI Darul Hikmah,Arau (82%)

Ke-2 = Nurul Aimi Bt Kamal
PASTI Wardatul Jannah,Sentua,Arau (81.5%)

10)Pertandingan Nasyid
Ke-1 = PASTI Nurul Hayah
Santan,Padang Besar (85%)

Ke-2 = PASTI Darul Hikmah
Arau (78%)

Ke-3 = PASTI Ad-Deen
Guar Syed Alwi,Kangar (72.5%)
  

Monday, September 5, 2011

Beramal tidak berhenti dengan berakhir Ramadan


TANGGAPAN kebanyakan orang Islam khususnya dalam negara kita, bahawa Ramahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDCjyS_-X1B0TEd2LBnOWAwnKuPF36x16ieZe1o7xYlNU4NezwcNRxiLAyuo0IwuO0MnNXwRoq5Lv9dKni-PmzK6F96ciyGKMDo0BuV2xtENwjyP-w5h-C9oOW5fKBLfii5-yrA51-iiA/s1600/1.jpgdan adalah bulan yang dipenuhi dengan musim pelbagai jenis amal ibadat, maka mereka akan melakukan dengan semaksimum mungkin tenaga, masa dan kesungguhan bagi mencapai pahala yang banyak.

Tenaga yang dikerahkan sepanjang Ramadan dengan keletihan beribadat puasa wajib di siangnya dan bertarawih pada malamnya dianggap berbaloi walaupun ia dilakukan tanpa disandarkan kepada ilmu, kefahaman dan makrifat yang boleh membantu seseorang Muslim itu meraih pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Mengapa tidak? Ramadan menjanjikan rahmat, keampunan, pelepasan daripada api neraka, terdapat di dalamnya penurunan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk kepada umat Islam hingga hari kiamat, malam al-Qadar, ganjaran pahala yang tidak ada pada bulan-bulan lain, justeru umat Islam hanya menumpukan ibadat pada bulan ini dan tidak pada bulan lain, apakah amalamal selepas Ramadan tidak diganjari dengan pahala?
 
Inilah persoalan yang ingin diketengahkan kepada saudarasaudari sekalian, bahawa amalamal ibadat tidak hanya tertumpu pada satu bulan sahaja, akan tetapi ia berterusan sepanjang masa kerana Allah SWT juga tidak hanya wujud pada bulan Ramadan sahaja, tetapi sepanjang masa, malah tidak mengantuk dan tidak pula tidur.

Apa yang perlu kita tahu tentang amal ibadat ialah – Ibadat itu adalah kata nama yang terkandung di dalamnya apa-apa yang disukai dan diredai oleh Allah SWT, sama ada yang terdiri daripada perkataan atau perbuatan hamba zahir dan batin, ia juga bercabang terlalu banyak dan boleh diringkaskan beberapa yang terpenting untuk panduan bersama.
1. Beriman kepada Allah SWT – ia merangkumi semua rukun iman yang enam.

2. Sembahyang pada awal waktu – khususnya sembahyang lima waktu pada waktu pagi, petang dan malam, sesungguhnya para sahabat bersepakat mengatakan bahawa berdosa bagi mereka yang melambat-lambatkannya.

3. Haji mabrur – ia memberi erti bahawa pelaksanaan haji daripada sumber hasil yang halal, jauh dari sebarang perbuatan dan perkataan keji, dosa, banyak berbantah, menepati sunnah haji baginda Rasulullah, ikhlas kerana Allah dan tidak menyusulinya dengan maksiat kepada Allah.

4. Menyantuni kedua ibu bapa – kerana mentaati keduanya bermakna mentaati Allah SWT, tetapi tidak pada perkara yang menyalahi agama, tidak meninggikan suara di hadapan mereka, tidak menyinggung perasaan mereka dengan katakata kesat, memberikan khidmat terbaik buat mereka, berbelanja keperluan untuk mereka.
5. Jihad pada jalan Allah – menyebarkan dakwah Islam mengikut kemampuan dan golongan sasaran.

6. Kasih dan benci kerana Allah - iaitu mengasihi muslim dan membenci mereka kerana Allah SWT.

7. Membudayakan pembacaan al-Quran – ia dimulakan dengan beberapa ayat sehari dan dikembangkan kepada dua halaman seterusnya satu juzuk sehari, ia bukan setakat membaca, tetapi merangkumi maksud berdiskusi serta memahami maksud ayat-ayat yang dibaca dengan baik.

8. Sentiasa komited dengan ketaatan walaupun sedikit – umpama bersedekah 50 sen sehari tetapi ia bersifat berterusan begitulah juga dengan amal-amal ibadat yang lain.

9. Menunaikan amanah – iaitu segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim dengan penuh kesedaran dan bukan seperti golongan munafik.

10. Memaafkan orang lain – kerana baginda ada menegaskan menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Seseorang itu bertambah mulia dan perkasa apabila sedia memaafkan orang lain.” Hadis sahih riwayat Imam Muslim

11. Sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan – Nabi bersabda : “Sesorang itu adalah benar dan sentiasa memelihara kebenaran sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar. Sesungguhnya benar itu akan menyelamatkan pelakunya, ia adalah akhlak mulia dan agung yang dimilki oleh para anbiya dan pengikut mereka dengan benar.” (Hadis sahih riwayat Imam Muslim).

12. Berbelanja pada jalan Allah - ia merangkumi perbelanjaan seseorang itu untuk menaja program berbentuk jihad, membantu kedua-dua orang tua, fakir miskin, mereka yang memerlukan, untuk pembinaan masjid, maahad tahfiz, mencetak kitab-kitab agama, menyara keluarga dan anak-anak.

13. Memelihara diri dari membahayakan saudara seagama - elak diri daripada suka mengadu domba, mengumpat, menghina saudara seagama, mencaci, mengutuk, begitu juga mendera perasaan dan tubuh badan Muslim lain.

14. Suka menjamu orang lain - iaitu tabiat baik belanja kawan-kawan, jiran tetangga, sanak saudara dengan kelebihan wang yang dimiliki termasuk suka beri makan kepada haiwan jinak bukan peliharaannya.

15. Suka memberi salam – ia termasuk kepada yang kenal dan yang tidak dikenalinya.

16. Suka bantu mereka yang dalam kesempitan - seperti ibu tunggal, ketua keluarga yang ditahan dalam penjara bukan kerana jenayah, golongan kurang upaya atau orang-orang tua yang tidak bermaya.

17. Suka menjauhkan bahaya daripada ditimpa ke atas orang ramai – seperti membuang paku, serpihan kaca, kulit pisang dan sebagainya di jalan raya agar tidak membahayakan pengguna yang boleh mengakibatkan kemalangan.

18. Amar makruf nahi mungkar – iaitu sentiasa menyampaikan nasihat berguna dengan menyuruh orang supaya melakukan amal-amal yang baik serta mencegah mereka dari terjerebak dalam kancah maksiat yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT.

Amalan yang menjauhkan seseorang itu daripada disentuh api neraka Ia dapat disimpulkan secara ringkas bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling penting yang mesti ada dalam minda setiap yang bernama Muslim lelaki atau perempuan iaitu dengan melakukan apa sahaja yang diperintahkan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah dengan penuh rasa pasrah, ikhlas dan bertanggungjawab.

Ia seperti mana yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis: “Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang enggan.” Para sahabat bertanya siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Sesiapa yang mentaatiku masuk syurga dan yang menentangku masuk neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Bukhari sampai kepada Abu Hurairah).

Bagi menggalakkan segenapMuslimin agar sentiasa dapat melakukan amalan terbaik dan mengekalkannya khususnya selepas Ramadan, maka ulama telah menggariskan beberapa amalan yang insya- Allah akan menjauhkan mereka daripada disentuh api neraka.

1. Banyak menyebut LaIlaha Illallah dengan penuh yakin dan ikhlas kepada Allah – ini kerana baginda menegaskan bahawa sesiapa yang menyebutnya dengan ikhlas lahir dari hatinya yang yakin, maka Allah haramkannya daripada disentuh api neraka. Maksud hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

2. Berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan – Rasulullah bersabda: “Mahukah aku beritahu kamu, bahawa mereka yang diharamkan daripada disentuh api neraka ialah yang berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan sesama makhluk.

3. Bermandi debu kerana berjuang pada jalan Allah – maksudnya golongan yang sanggup berada dalam jihad menegakkan kebenaran agama Allah hingga kedua kakinya bergelumang dengan debu ketika bertempur dengan musuh di medan peperangan. Sabda baginda: “Sesiapa yang kedua kakinya berdebu kerana berperang pada jalan Allah nescaya dia diharamkan Allah memasuki neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad).

4. Solat – Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah haramkan neraka ke atas (dahi-dahi) yang ada kesan sujud (dalam solat).” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

5. Memelihara dan membiasakan empat rakaat sebelum dan sesudah Zuhur – ia berdasarkan hadis baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum dan selepas Zuhur, maka Allah haramkan jasadnya untuk dihumban ke dalam neraka.” (Hadis sahih riwayat Imam Tirmizi sampai kepada Ummu Habibah)

6. Tauhid dan zikrullah menjelang kematian – Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata – LaIlaha Illallah, Wallahu Akbar, maka Allah berkata kepadanya benarlah hamba-Ku ini kerana Tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Yang Maha Besar.” Sabda baginda lagi: “Sesiapa yang berkata dengan perkataan itu, maka dia diberi rezeki untuk mati (dalam kebenaran), maka jasadnya tidak akan disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat Imam Bukhari.

7. Tangisan kerana takut kepada Allah dan berjihad pada jalan- Nya – Sabda baginda s.a.w.: “Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka – iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah.” - Hadis sahih Imam Tirmizi sampai kepada Ibnu Abbas.

8. Memelihara pandangan mata – Sabda baginda s.a.w.: “Tiga jenis mata yang tidak akan disentuh api nereka – iaitu mata yang celik kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang terpelihara daripada melihat perkara yang diharamkan Allah SWT.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Bahaz Bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya.

9. Sabar di atas kematian anak – sabda baginda : “Sesiapa yang mengkebumikan tiga orang anaknya dan bersabar, maka Allah haramkan jasadnya daripada disentuh oleh api neraka.” - Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada Waelah Adakah dosa-dosa besar akan menghapuskan amalan-amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang itu di dunia?

Seperti yang sabit dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w. bahawa maksiat dan dosa-dosa besar tidak akan menghapuskan amalan-amalan dan kebaikan Muslim semuanya melainkan dia terbabit dalam perkara kufur dan syirik kepada Allah SWT.


Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...