Tuesday, May 31, 2011

KSPP & SAMBUTAN HARI GURU

Sektor Latihan Jabatan PASTI Negeri Perlis telah mengadakan Kursus Sijil Penguruan PASTI (KSPP) bermula 29 hingga 31 Mei 2011.Kursus tersebut diadakan bagi menyelesaikan beberapa tajuk yang belum diselesaikan di dalam KSPP yang lepas.Tamatnya KSPP kali ini, para guru pelatih akan meneruskan Rancangan Orientasi PASTI yang bakal dilaksanakan pada bulan Julai.

 
 
Selain KSPP, pemeriksaan berpusat bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun juga telah diadakan pada tarikh & tempat yang sama.

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri telah diadakan pada 31 Mei 2011 bertempat Pusat Konvensyen Semarak Resort, tempat  di mana KSPP diadakan.Sambutan ini diadakan bagi meraikan guru-guru sepanjang  setahun gutu-guru bertungkus lumus, penat jerih dalam mendidik anak bangsa agar dapat melahirkan Generasi Al Quran.

Peserta Kursus Sijil Perguruan PASTI turut diraikan setelah menamatkan KSPP sebelum guru pelatih melaksanakan ROP.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Saudara Mior Hassan Sazali bin Hajjar bagi mewakili Ketua Pemuda, Ustaz Yussaine bin Yahya.

 Tetamu Utama
 Ucapan Aluan Pengerusi MGP Perlis, Cikgu Nor Hayati binti Abd Razak
 Ucapan Mantan Pengarah PASTI Perlis, Sauadara Mohd Sahir bin Ab Raman
 Ucapan Perasmian oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis merangkap Pengarah PASTI Perlis, Saudara Mior Hassan Sazali
 

Penyampaian Sijil Tamat Kursus Sijil Perguruan PASTI (KSPP)
 Penerima Anugerah Khas Pengarah
(Penulisan Buku Log Terbaik)
Cikgu Noraini binti Haron
 Penerima Anugerah Guru Pelatih Terbaik
Cikgu Mashitoh binti Baharom
 Penerima Anugerah Jasamu Dikenang.
Cikgu Amnah binti Dahaman.
Beliau adalah bekas guru PASTI yang baru bersara
 Penerima Anugerah Guru Cemerlang
Cikgu Mashitoh binti Baharom

 
Bacaan Ikrar Guru

Sesi bergambar bersama Barisan Kepimpinan Dewan Pemuda Perlis & Ahli Lembaga Pengarah PASTI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...