Bagi mengelakkan anak-anak mengambil barang orang lain tanpa hak,   mereka perlu didedahkan dengan soal kejujuran, amanah, serta pemilikan   atau hak.
(1) Sebenarnya sejak dari kecil anak-anak perlu difahamkan dengan konsep  hak milik.  Setiap kali ibu bapa menghalang anaknya dari barang milik  orang lain,  mereka perlu menjelaskan bahawa barang itu adalah milik  orang lain.  Katakan kepadanya seperti:
'Tak boleh ambil ni. Barang ni  bukan kita punya. Barang ini Osman yang punya'
(2) Jika anak-anak dibawa ke kedai, jelaskan juga bahawa sesuatu barang  hanya boleh diambil selepas dibayar harganya.  Bila anak itu sudah makin  bijak, bolehlah ibu bapa melatih mereka  melakukan jual beli. Latihan ini  bukan sahaja dapat meningkatkan  keyakinan diri, bahkan dapat memberikan  kefahaman tentang konsep hak  milik dan kepunyaan. Secara tidak langsung  mereka dapat mengetahui  kesalahan mengambil hak orang lain.
(3) Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang  dosa mencuri.  Berikanlah ancaman balasan api neraka kepada mereka yang  mencuri.  Tekankan juga tentang betapa seriusnya kesalahan mencuri  sehingga Islam  menetapkan hukuman potong tangan ke atas mereka yang  disabitkan  kesalahan mencuri.
(4) Selain itu anak-anak juga perlu didedahkan dengan kisah-kisah teladan  berkaitan kejujuran.
Umpamanya kisah seorang anak gadis dan ibunya yang  menjual susu. Si  ibu ingin mencampurkan susu dengn air untuk mendapat  untung yang lebih.  Lantas si anak mengingatkan tentang larangan Amirul  Mukminin Umar  Al-Khattab agar para penjual tidak mencampurkan air ke  dalam susu.
Lantas si ibu memberikan alasan:
'Ah! Kalau kita campur pun,  mana Amirul Mukminin boleh tahu'.
 Maka si anak memberikan jawapan yang  sangat bermakna:
'Jika Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan  Amirul Mukminin tetap melihat kita!'
Begitu juga kita Abdullah bin Dinar yang berjalan bersama dengan Umar   al-Khattab ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka terserampak dengan   seorang penggembala dari atas gunung. Maka Umar cuba mengujunya dengan   berkata: 
'Wahai penggembala, juallah kepada ku seekor dari kambing itu. Maka jawab pengembala:'Sesungguhnya aku hanya hamba sahaya'.
Umar  berkata lagi:'Katakanlah sahaja kepada tuan mu bahawa kambing itu  dimakan oleh serigala.'
Penggembala itu menjawab dengan ringkas tapi  padat:
'Kalau begitu, dimanakah Tuhan?'.
Umar menangis mendengar jawapan  itu. Lalu beliau mengikutnya pulang  menemui tuannya, dan Umar membeli  hamba si penggembala itu untuk  membebaskannya.
Demikianlah beberapa contoh kejujuran tinggi yang dapat meleburkan   sifat tamak haloba dan khianat. Anak-anak yang ditanam rasa kehadiran   Allah tentunya akan menjauhi sifat mencuri. Mudah-mudahan anak-anak kita   semua dapat dilatih dengan sifat dan akhlak mula sehingga meninggalkan   sifat jahat seperti mencuri.
Biodata Kolumnis
Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin  merupakan  graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan  pelajaran  dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri  mengajar di SMK  Taman Melawati, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment