10                akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh                dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah                merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.                Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan                yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di                dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman                Allah s.w.t. 
Maksudnya:                "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar                dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar.                Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para                malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka                untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab                turun surah al-Qadr
  
Lailatulqadar                mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000                bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada                Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah                menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah                menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka                orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan                ayat di atas. 
Riwayat                yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah                menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama                80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para                sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu                kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik                dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril                berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang                engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat                amat gembira.
Daripada                ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang                yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai                beramal 1000 bulan.
Dalam                hadis Rasulullah s.a.w. menyebut 
Maksudnya:                "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan                Ramadhan lebih daripada yang lainnya" 
Rasulullah                s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda                sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.                Kata Aisyah r.a. 
Maksudnya:                "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda                mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan                keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud                bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan                Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana                mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya                bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai                jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang                diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya:                "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan                sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman                dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya                yang terdahulu. 
Rasulullah                s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar                terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf                di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam                Lailatulqadar yang mulia. 
Ini                diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.                Katanya: 
Maksudnya:                "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh                memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan                Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam                hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.                bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam                Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir                daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam                yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan                Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan                bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah                s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23                Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah                s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai                masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda                menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari                keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa                malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun                yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.                Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap                dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati                10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana                dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan                dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang                itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa                khusus di Malam Lailatulqadar 
Doa                tersebut diterangkan di dalam hadis berikut 
1.                Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.Maksudnya:                "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya                saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya                akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa                yang berikut"Maksudnya:                "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan                salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah                silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim                ulamak kita melakukannya seperti membaca doa 
Orang                yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat                yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih                bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu                terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun                beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar                akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui                atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut                di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.                Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar                dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan                rahmatnya dan keredaannya. 
Adalah                diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar                hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha                dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan                meninggalkan segala larangannya.
Tanda                Malam Lailatulqadar 
Para                alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung                dengan malam Lailatulqadar:
-                Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat                nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok                yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata                yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon                kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 
Imam                Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak                lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan                melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.