Sabda Nabi s.a.w. : Apabila  masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan  Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa  sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.  Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi  pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.   Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan  Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya  kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan  Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga  baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal  hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban,  dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban  adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah  mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa  (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa  Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari  daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali  sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah  lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa  Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan  Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa  yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian  Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa  kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an  atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya  seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan  atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian  makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan  malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul  Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada  Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah  malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah  sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu,  kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka  terhadap ibubapa.


No comments:
Post a Comment