Psikologi Anak Zaman Globalisasi
Mengikut apa yang disarankan oleh Rasulullah saw, mendidik anak  haruslah sesuai denga zamannya. Zaman yang kita lalui sekarang jauh  berbeza dengan zaman ibu bapa kita dahulu. Jika zaman dahulu, anak-anak  mudah dibentuk dengan rotan, akan tetapi zaman sekarang tidak lagi.  Malah, lagi dirotan, lagi memberontak.
Zaman kini penuh dengan informasi. Anak-anak dibesarkan dengan  kemudahan internet di rumah. Semuanya dalam genggaman mereka. Jadi  persekitaran mereka sudah berubah. Persekitaran memang mempengaruhi  perkembangan si anak.
Oleh sebab itu, mereka lebih mahukan kebebasan dan bersikap  demokrasi. Inilah yang menjadi cabaran besar buat ibu bapa zaman kini.
3 Peringkat dalam Mendidik Anak
Peringkat pertama ketika usia 7 tahun pertama.  Ketika ini mereka hanya ingin bermain. Permainan adalah rakan terbaik  mereka. Mereka juga inginkan kasih sayang. Tanpa kasih sayang yang  cukup, emosi mereka akan terganggu. Oleh sebab itu, sekiranya ibu bapa  menghalang anak meneroka atau bermain, anak-anak akanmembeontak,  seolah-olah ibu bapa tidak faham dan tidak kenal anaknya sendiri.
Peringkat kedua ketika usia 7 tahun kedua (8-14  tahun). Pada usia ini, ibu bapa perlu ingat bahawa inilah peringkat  “disiplin”. Mendisiplinkan anak dan tegas dengan mereka adalah ketika  peringkat ini. Oleh sebab itu, saranan Rasulullah adalah merotan anak  yang tidak solat ketika usia 10 tahun.  Jika umur anak sudah mencecah 17  tahun, apa kesan rotan terhadap mereka? Lari dari rumah, memberontak  atau melawan semula. Peringkat remaja bukanlah peringkat yang sesuai  untuk merotan.
Peringkat ketiga ketika usia 7 tahun kedua (15-22  tahun). Pada umur ini, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak. Lebih  banyak berbincang daripada mengarah. Zaman inilah yang kebanyakan ibu  bapa menghadapi masalah. Pendekatan yang digunakan seringkali berunsur  kekerasan. Sedangkan mereka lahir dalam zaman demokrasi, zaman yang  membentuk pemikiran mereka untuk bebas bersuara. Jadi kaedah ibu bapa  dalam mendidik anak haruslah selari dengan peredaran zaman. Bukanlah  memanjakan mereka, akan tetapi mendengar pendapat mereka. Anak-anak  ketika usia ini sangat menghargai orang tua yang ingin mendengar isi  hati mereka.
Kita bagaimana? Anak kita  berada pada tahap yang ke berapa? Adakah kita benar-benar faham keperluan anak kita sekarang?
 

 
 

 
No comments:
Post a Comment