Wednesday, December 1, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI PERLIS

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin melihat peranan yang dimaninkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah penting dalam sistem pendidikan negara.

Justeru beliau menyeru agar usaha terus digiatkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti Pasti di samping menambahkan lagi bilangan Pasti yang ada khususnys di seluruh negeri Perlis.

"Ibarat kita bertani, benihnya sudah disediakan iaitu anak-naka Pasti, maka peranan guru-guru Pasti adalah untuk menyemai dan memelihara benih ini untuk mendapat hasil yang baik.

"Tugas guru Pasti kadang-kadang kita lihat tidak setimpal dengan apa yang mereka perolehi, tapi bukan itu matlamatnya. Kita kena ambil iktibar dari sepotong hadis yang menyebut barangsiapa yang menganjurkan satu jalan kebajikan, maka dia kan memperolehi pahala orang yang melakukan kabajikan itu," katanya.

Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pasti Negeri Perlis yang diadakan di sebuah hotel di sini baru-baru ini





Dalam majlis tersebut, para pelajar terbaik kategori lima dan enam tahun dari setiap Pasti di seluruh Perlis menerima anugerah masing-masing.

Adik Balqis Yamin dari Pasti Darul Hikmah dan Siti Balqis Mohd Narudin dari Pasti Al-Islah masing-masing menerima anugrah pelajar terbaik seluruh Perlis bagi kategori lima dan enam tahin.

Manakala Anugerah Guru Cemerlang pula diraih oleh Siti Hajar Zakaria dar Pasti Tarbiyatul Atfal. Kategori ini dipilih berdasarkan guru yang memberikan komitmen yang terbaik kepada Pasti dan parti.

Sementara itu, anugerah kecemerlangan sukan juga turut diberikan kepada para pelajar yang mewakili Pasti Perlis ke SUkan Pasti Malaysia selain Anugerah Kecemerlangan Ihtifal Pasti Perlis yang diadakan baru-baru ini.

sumber : peghelihla

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...