Friday, December 31, 2010

Bengkel Strategik dan Seminar Pasti Negeri Perlis



Alhamdulillah,setinggi syukur pada Allah SWT diatas segala nikmat dan barakah yang di limpahkan kepada kita semua dalam meneruskan agenda perjuangan Islam ini.Insya Allah semoga dengan perancangan dan usaha yang berterusan tanpa jemu akan membuahkan kejayaan kelak.
Pasti Negeri Perlis telah menggarap satu dimensi yang baru bagi merealisasikan agenda pendidikan sesuai dengan suasana bagi memenuhi tuntutan semasa.Pada 11 hingga 12 Disember 2010 Pasti Negeri Perlis berjaya melaksanakan bengkel strategik bagi memperkasakan Pasti dengan menyusun strategi dan perancangan selama 5 tahun kehadapan bermula 2011 hingga 2015.Bengkel dan seminar yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendokumentasikan Rancangan Pasti Negeri Perlis (RPnP) selama 5 tahun dalam menggerakkan seluruh unit-unit yang ada supaya lebih fokus dalam gerak kerja dan mampu merealisasikan hasrat Pasti Malaysia untuk menjadikan Pasti sebagai pilihan utama bagi ibu bapa.

 Panel luar yang dijemput di dalam sesi pembentangan sektor
Insya Allah dengan adanya perancangan tersusun ini Pasti Negeri Perlis akan terus mengorak langkah cemerlang dalam mendepani era globalisasi sesuai dengan kata-kata yang pernah di ungkapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab “didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya bukan seperti zaman kamu dahulu’’.Justeru itu,Pasti Negeri Perlis juga akan meningkatkan keupayaan media baru dalam memberi maklumat dan penerangan secara terus melalui blog dan facebook kerana laman ini sudah mejadi keperluan kepada masyarakat di negara kita mahupun dunia secara amnya.
Sekian Terima Kasih.

Pengarah Pasti Negeri Perlis
Mohd Sahir Ab Raman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...